Ramai ibu-ibu yang tertanya-tanya, adakah proses relaktasi mampu dilakukan dengan jayanya? Mendapat susu anda kembali adalah satu proses yang dikenali sebagai penyusuan semula/ relaktasi dan ia boleh dilakukan mengikut tips dan teknik tertentu..
Proses ini melibatkan dua perkara:
1. Merangsang bayi anda untuk menyusu secara terus dengan payudara; atau
2. Membangunkan semula stok bekalan susu ibu.
Relaktasi lebih mudah sekiranya anak anda berumur kurang daripada 4 bulan / atau anda mempunyai bekalan susu yang baik sebelum ini (semasa 4-6 minggu pertama selepas bayi anda dilahirkan). Namun anda jangan risau atau kurang berkeyakinan, jika ibu angkat juga boleh menyusukan bayi tidak mustahil untuk sesiapa sahaja untuk melakukannya.
Bagaimana Ingin Bermula?
Jika si manja anda bersedia untuk melekap pada payudara, kemudian menyusu sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam walaupun anda sebenarnya belum menghasilkan susu, payudara anda akan menjadi seperti puting tiruan untuk sementara waktu bahkan rebut peluang pada bila-bila masa dan tawarkan payudara anda untuk memberi keselesaan pada bayi anda.
Cuba cara ini di akhir masa penyusuan apabila bayi anda tidak benar-benar lapar namun lebih memerlukan keselesaan contohnya sebelum tidur. Tidak penting pada ketika ini untuk anda bimbangkan tentang berapa banyak susu ada, rangsangan berterusan adalah bertujuan untuk menghantar isyarat kepada payudara anda untuk mula menghasilkan susu ibu untuk bayi. Jika bayi anda enggan melekap/menghisap, cuba gunakan alatan bantuan kepada bayi yang membantu meningkatkan kemahiran menghisap bagi si manja.
Disamping itu pam payudara secara kerap dan konsisten. Sediakan jadual mengikut keselesaan dan aktiviti anda . Contohnya setiap 3 jam sekali atau 4 jam sekali anda mengepam payudara ditempat yang selesa dan tenang. Sekali lagi anda tidak perlu risau berapa banyak susu yang dapat dihasilkan, yang penting rangsangan dan isyarat dapat dihantar supaya penghasilan susu dapat ditingkatkan.
Dapatkan Bantuan
Sesetengah ibu menggunakan makanan tambahan herba, supplement atau ubat-ubatan seperti domperidone untuk merangsang bekalan susu ibu mereka. Ini hanya akan membantu jika ia digabungkan dengan penyusuan ibu yang kerap dan pam payudara anda secara konsisten. Jangan lupa pengambilan air perlu disukat dengan teliti. Ibu menyusu memerlukan 3-4 liter air sehari!!
Jika boleh, cuba untuk menyertai komuniti di facebook atau forum untuk bertanya dan mendapatkan informasi atau berjumpa perunding laktasi dan doktor yang menyokong usaha-usaha penyusuan semula anda. Proses relaktasi ini memerlukan semangat yang tinggi serta sokongan daripada keluarga, pakar dan rakan-rakan!! Ia pastinya boleh dilakukan dan berbaloi jika anda ingin mencuba dan terus mencuba.
Semoga berjaya!!
Jangan ketinggalan untuk membaca artikel-artikel terbaru daripada Majalah Penyusuan.com. hanya LIKE fanpage facebook kami di ruangan kanan anda.
Assalam...sy brmslh sgt skg ni...ank xnk mnum/hisap susu d bdn...klu pam msuk btol nk plak...tp dia cpt lapar la....rmai yg ckp bby sy lapar nk mkn, jd diaorg suh suapkn nstum.sy tkut nk suap sbb bby bru umur 40hr...cmna tu?sy buntu dah...
ReplyDelete