Alhamdulillah sesuatu yang menggembirakan bila kebanyakan ibu-ibu hari ini memilih susu ibu untuk anak tersayang. Bersusah-susah sedikit tidak mengapa demi yang terbaik untuk si manja. Sesetengah ibu-ibu berpandangan kalau susu banyak dah tentu tiada masalah untuk susukan bayi sehingga berumur 2 tahun, tapi kalau sedikit atau tak cukup tentulah susu formula menjadi pilihan.
Jom kita betulkan minda, sesungguhnya susu ibu adalah kiriman dan rezeki daripada Allah untuk anak kita. Macam kekayaan, sesetengah orang memang rezekinya dah dilahirkan sebagai seseorang yang berharta, sesetengah pula kena berusaha sedikit untuk menjadi kaya, ada juga yang terpaksa berusaha keras untuk menikmati kemewahan. Maksudnya setiap orang berpotensi nak jadi kaya, berharta dan mewah asalkan berani dan yakin mencuba, teruskan berusaha dan berdoa kepada Allah swt.
Begitulah perumpamaannya, semua ibu-ibu tidak mengira susu yang terhasil banyak atau sedikit mampu menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun dengan syarat sentiasa berusaha, istiqamah dan bertawakal kepada Allah swt. Kelebihan dan kebaikan susu ibu yang tiada tandingannya ini tidak perlu dipersoalkan dan dibandingkan dengan susu formula di pasaran. Selain manafaatnya dinikmati oleh anak ibu juga dapat berkongsi kebaikan seperti membantu mengecutkan uterus dengan cepat, mengurangkan risiko kanser payudara, uterus dan ovari serta membakar kalori. Bestkan selain ianya PERCUMA dan menjimatkan ikatan emosi ibu dan anak pula menjadi semakin erat.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi jangan lupa kualiti susu ibu yang terbaik datang daripada permakanan ibu. Kalau ibu makan McD, KFC rasa burger dan ayam gorenglah susu tu, nutrisinya pula ermmmm....takut-takut kualiti susu yang terhasil kurang bernutrisi untuk bayi. Ibu-ibu kita dulu memang jarang mempunyai masalah kesihatan, penyusuan dan susu yang tidak berkualiti kerana cara hidup dahulu berbeza dari sekarang. Makanan yang diambil kebanyakkan dimasak sendiri dan bahan mentah dipilih yang terbaik dan segar. Sudah tentu penyediaan dan nutrisinya A++. Ibu-ibu generasi X dan Y hari ini, kebanyakkannya memang sibuk dengan kerja di pejabat, kerja rumah dan tugasan sampingan lain. Kekangan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat mungkin terjejas dek kerana banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. Kesihatan dan emosi ibu juga tidak menentu semua tugasan yang banyak ditangguhkan dari sehari ke sehari dan mengakibatkan tekanan emosi secara tak langsung kepada ibu itu sendiri. Semuanya mencetuskan tekanan tanpa henti bertambah stress lagi bila susu yang terhasil sedikit dan cair.
No comments:
Post a Comment