Friday, 6 July 2012

Doa Perbanyakkan Susu Ibu

Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.


As salam mommies. Jom kita renungkan kepada konsep asas penyusuan dan amanah oleh Allah swt yang digalas oleh mommies semua. Sebanyak mana kita berusaha membanyakkan susu ketahuilah bahawa, rezeki itu daripada Allah swt. Ikhtiar kita untuk memperbanyakkan susu dengan mengambil vitamin, minum air yang banyak dan mengikut tips yang disarankan perlu dilengkapkan dengan doa, zikir dan bacaan Al-Quran memohon agar Allah swt mengurniakan rezeki yang banyak untuk anak-anak kita, InsyaAllah.

Ketahuilah sesungguhnya susu ibu kiriman Allah swt untuk anak kita, Allah Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah bukan sahaja menganugerahkan cahaya mata dan memberikan kegembiraan tidak terhingga buat hambanya, namun memberikan juga sumber makanan yang berkhasiat agar bayi yang dilahirkan sihat, kuat dan membesar dengan baik. Namun masih ada ibu-ibu hari ini, menjadikan kiriman Allah ini hanya sebagai sideline dan bukannya hidangan utama bagi bayi mereka. Sayang kan???

Bagi mommy to be yang sedang mengandung, ayuh tanamkan dalam hati kita bahawa kita pemegang amanah yang baik untuk menyampaikan rezeki yang Allah swt berikan ini kepada anak kita. Usah berfikir banyak, takut susu sedikit atau tidak cukup untuk si manja anda. Tekadkan dalam hati bahawa kita berazam untuk menyusukan anak kesayangan kita sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah swt selama 2 tahun. Insya Allah, yakinkan diri dan selebihnya serahkan kepada Allah swt yang akan membantu dalam perjalanan kita selama 2 tahun tersebut. Insya Allah.

Justeru, to all mommies disarankan untuk mengamalkan doa ini 

Cara-cara mengamalnya:

Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah........


Semoga Berjaya..


No comments:

Post a Comment