Bayi yang menyusu badan sekurang-kurangnya 6 bulan mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat jangkitan usus tetapi lebih kerap mengalami kekurangan zat besi, menurut kajian yang dijalankan ke atas 154 ibu dan bayi di Guadalajara, Mexico. Kajian ini diterbitkan pada isu Ogos 2008 The Journal of Nutrition.
Prof Noreen Willows dari University of Alberta in Edmonton, Canada membuat perbandingan di antara 50 bayi yang menyusu susu formula, dengan 55 bayi menyusu separa susu badan dan 49 yang menyusu secara ekslusif dari lahir sehinggalah bayi tersebut berusia 6 bulan.
Ibu-ibu kemudian ditanya tentang tanda-tanda jangkitan usus pada bayi. Ujian darah juga diambil pada usia 6 bulan untuk mengesan status zat besi bayi. Di dapati cuma 18% sahaja dari golongan bayi yang menyusu badan secara ekslusif yang mengalami jangkitan usus berbanding dengan 33% dari bayi yang menyusu formula atau separa. Walaubagaimanapun, 22% bayi yang menyusu badan lebih kerap mengalami masalah kekurangan zat besi berbanding dengan 2% dari kumpulan yang lain.
Namun, galakan susuan badan masih diteruskan kerana kekurangan zat besi dengan senang dapat dirawat dengan ubat supplemen manakala jangkitan usus adalah lebih serius dan kadang-kadang boleh membawa kematian.
No comments:
Post a Comment